Pages

Wednesday, January 26, 2011

8 Jenis Makanan Terbaik Dunia

1. Delima

 
Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99

2. Kismis


Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"

3. Kurma 


Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"

4. Habbatus Sauda'


Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim

5. Za'faran 


Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "

6. Madu


Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69

7. Zaitun 

 

Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20

8. Buah Tiin


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”...

Saturday, January 15, 2011

Protes nasi lemak ada logo halal asing

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my
AHLI PEWARIS Pulau Pinang menunjukkan bungkusan nasi lemak yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jakim ketika berhimpun di Bayan Baru semalam.


GEORGE TOWN – Kira-kira 100 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) mengadakan demonstrasi sambil memegang bungkusan nasi lemak yang menggunakan logo halal yang bukan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut Pewaris, nasi lemak berharga RM1 itu disediakan oleh pengusaha bukan Islam di Bukit Mertajam tetapi menggunakan khidmat penghantar beragama Islam untuk pasaran sekitar Pulau Pinang.

Presidennya, Sabaruddin Ahmad berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga nasi lemak di sekitar Bayan Baru, Jalan Tengah, Bayan Lepas, Bukit Jambul dan sekitar pusat bandar sejak beberapa minggu lalu mengenai kegiatan pengusaha terbabit.

“Kami tidak kisah kalau pengusaha itu ada sijil halal Jakim tetapi apa yang meragukan ialah mereka menggunakan logo pengiktirafan antarabangsa,’’ katanya selepas demonstrasi selama sejam di hadapan pintu masuk Balai Polis Bayan Baru di sini semalam.

Pengembala Kambing

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama.....

Thursday, January 13, 2011

Kerja Bila Besar Nanti


Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?

Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..

Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!

Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??

Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..

Pantun Membina.

Dalam seminggu tujuh hari,
Berbagai nikmat telah diberi,
Cubalah lihat, renung dan kaji,
Agar faham dan tahu mensyukuri.

Hari Ahad yang kita cuti,

Hari dicipta bintang dan bumi,
Tujuh lautan dan tujuh api,
Tujuh neraka yang telah pasti.

Hari Isnin juga diseri,

Lahir Rasulullah penghulu Nabi,
Hari Jibrail turun menemui,
Membawa wahyu Rabbul Izzati.

Betapa pula di hari Selasa,

Wafatnya Nabi Zakaria dan Nabi Yahya,
Meninggal Habil Putera Adam a.s tercinta,
Juga Asiah isteri Firaun durjana.

Hari Rabu Hari Kehancuran,

Qarun, Fir’aun dan Namrud bin Kan’an,
Kaum Hud, kaum Saleh a.s dan sekelian,
Sebagai tanda murkanya Tuhan.

Hari Khamis ramai yang berhijrah,

Masuk Rasulullah ke kota Mekah,
Nabi Ya’kub a.s juga Musa nabi Allah,
Datang ke Mesir menyambung dakwah.

Hari Jumaat pernikahan Adam dan Hawa,

Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha,
Sayyidina Ali dengan Fatimah wanita mulia,
Juga nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis yang kaya.

Hari Sabtu berlakunya tipu daya,

Kaum Nuh kepada nabinya,
Tipu daya Fir’aun kepada Musa,
Juga Yahudi kepada Isa,
Mungkin peringatan kepada kita,
Agar lebih waspada urusan dunia.

FIFA Ballon d’Or 2010



Korang kenal sape gambar tu? Itu la Lionel Andrés atau nama gelarannya Lionel Messi, dilahirkan pada 24 Jun 1987 (tarikh lahir same dgn saya, cuma tahun je tak same :p). Pemain bolasepak berbangsa Argentina dan bermain di kelab Barcelona FC ini berbadan kecil tetapi lincah, punyai skill yang hebat dan penyudah berbisa. Bila bola dikakinya amat sukar bagi pemain lawan merampas bola (boleh cuba ni...huhu)..



Tahun ni dia dianugerahkan FIFA Ballon d'Or 2010 untuk kali ke-2 berturut-turut mengalahkan AndrĂ©s Iniesta dan Xavi (teammate di kelab Barcelona FC).


Tahniah Lionel Messi ! :)



Rahsia Lelaki...Kena Tahu Ini!!



1. Lelaki tinggi lebih menarik
Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain menemui teori bahawa lelaki tinggi sememangnya menarik secara seksual. Postur tubuh yang tinggi dan berbadan tegap dikatakan menjadi dambaan setiap wanita. Bagaimanapun, tidak semua wanita hanya menginginkan pasangan yang tinggi sebaliknya mementingkan ciri-ciri sampingan seperti mempunyai kerjaya dan tahap ekonomi yang bagus. Sebaliknya, majoriti lelaki yang tinggi, sukakan wanita yang lebih rendah.

 



2. Betik tingkatkan kesuburan
Seperti yang diketahui, buah betik memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Tahukah anda, kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma? Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.

 



3. Berlari 8 jam seminggu elak kanser prostat
Kajian oleh Universiti Harvard terhadap 17 ribu alumninya menunjukkan senaman seperti berlari lapan jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gangguan prostat. Oleh itu, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan besar diserang gangguan prostat berbanding lelaki Barat kerana pemakanan orang Asia lebih tinggi lemak dan kolesterol yang boleh mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu membanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.

 


4. Makanan laut tingkatkan kualiti sperma
Ingin tingkatkan kualiti sperma? Manjakan diri kamu dengan makanan laut seperti abalon, tiram dan siput-siput laut yang lain. Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh meningkatkan kualiti sperma.

10 Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat



1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas,hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendakmula mencuci motor.

6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarangposisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau distesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidakakan memecat anda.

10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegurdengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Wednesday, January 12, 2011

Hikmah 5 Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Monday, January 10, 2011

Cara-cara membunuh Nyamuk!!

Nyamuk cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar berbagai penyakit yang boleh menyebabkan kematian. semburan serangga perosak di pasaran kurang efisien dan bahkan membawa impak sampingan yang serius. Berikut adalah cara MUDAH dan MURAH yang boleh dicuba. Sangat sesuai untuk semua persekitaran hostel , sekolah, hospital, dll. Selamat mencuba..
 
Yang diperlukan :

- 200 ml air
- 50 gram gula merah
- 1 gram Ragi
- Botol Plastik 1,5 liter


Langkah-langkah

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.
 
 
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk dan kemudian tuangkan di separuh bagian potongan bawah botol.
 

3. Tambahkan ragi. Tidak perlu dikacau. Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.
 
 4. Pasang/masukkan potongan botol bahagian atas dengan posisi terbalik seperti corong.


5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa sudut rumah Anda.




Dalam dua minggu, Anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.dan ini lah hasil nyer...cuba ar...



Saturday, January 8, 2011

Terkencing ketika disamun!

Tak tahan tengok video ni..habis basah seluar dia

Menarik..Mesti Cuba!!

Korang klik gambar tu pastu tengok titik hitam kat tengah-tengah tu lame-lame lebih kurang dalam 15 saat. Lepas tu gambar yang same gak keluar tapi warna hitam putih..korang tengok je tau jangan alihkan pandangan dari tengok titik hitam tu..nanti korang nampak gambar hitam putih tu berwarna. Ini yang dinamakan illusi yer..bukan halusinasi..
mmm..memang nmpk menarik kan...



Orang kaya vs Orang Miskin!!!




Memang nampak ketara kan..

Lambang YAHUDI dalam KOMPUTER ANDA!!!

Pasti ramai yang tidak tahu, komputer yang kita guna setiap hari telah dilengkapi lambang yahudi. Kalau tidak percaya silalah lihat

C:\ProgramFiles\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF

Jika tidak jumpa sila cari secara manual..pasti jumpa..search and destroy..

Gambar & Video Gerhana Matahari Pada 4hb Januari 2011

Photo2 ni menunjukan reaksi orang ramai semasa berlakunya gerhana matahari separa pada 4hb 2011.dimana gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah.Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...