Pages

Friday, January 7, 2011

Sos Cili Berperisa Cicak??

Gambar: Nor Hayati Abu Bakar, 25, menunjukkan bangkai cicak yang ditemuinya dalam botol sos cili ketika menuagkan sos berkenaan ke dalam mangkuk di Pekan Langgar dekat sini hari, ini.
ALOR SETAR, 7 Jan: Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd Noor, 29, berkata bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.

"Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak," katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. Beliau turut membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Negeri dan kini menunggu keputusan hasil siasatan kejadian itu.

Nor Hashima yang menjalankan perniagaan makanan menggunakan sos berkenaan hampir 10 tahun dan ini adalah kali pertama perkara seumpama itu berlaku.

"Kami bimbang perkara seumpama ini akan berlaku kepada peniaga lain dan sekaligus menjejaskan perniagaan apabila berlaku kes keracunan makanan," katanya.

Penampilan Pertama Website Terkenal

Berikut adalah interface website-website terkenal di dunia semasa penampilan pertama mereka.

1. Google pada tahun 1996

2. Facebook pada tahun 2004


3. Myspace pada tahun 2003
 

4. Yahoo pada tahun 1997


5. Wikipedia pada tahun 2001.


6. Blogger pada tahun 1996


Ted Williams, Lelaki Tanpa Rumah Miliki Suara Emas.


Memang unik suara dia 

Waspada: Wang Dikeluarkan Dari ATM Lesap Kerana Tidak Menunggu Lama



Kuching: ADUN Sentosa, Chong Chieng Jen mahu pihak bank memberitahu berapa lama seseorang itu perlu berdiri di depan mesin ATM selepas melakukan satu-satu transaksi dibatalkan dan apabila tiada wang yang keluar dari mesin ATM berkenaan.

Chong berkata pada 13 Disember lalu, Hii Chang Thung seorang pelanggan bank telah pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1,500.

Selepas menekan butang untuk amaun berkenaan, skrin mesin berkenaan kembali ke “Main Menu”. Hii cuba beberapa kali tetapi tiada apa-apa yang berlaku dan tiada wnag yang keluar dari mesin tersebut.

Chong berkata Hii cuba di mesin yang kedua dan perkara yang sama turut berlaku.

Dia kemudian pergi ke pejabat cawangan untuk memaklumkan kepada kakitangannya dan seorang pegawai menggunakan getah pemadam untuk membersihkan micro chip di kad ATM dan menyuruhnya pergi mencuba semula.

Hii kemudian mencuba kadnya dengan mesin ATM yang ketiga. Perkara yang sama berlaku dan mesin ATM tersebut tidak mengeluarkan wang menyebabkan beliau kembali ke pejabat bank semula. Pegawai bank di situ menyatakan kadnya rosak dam perlu digantikan dengan yang baru.

Selepas cuba untuk melakukan pengeluaran wang dengan kad yang baru, mesin ATM tersebut menyatakan beliau telah membuat pengeluaran yang melebihi had untuk hari tersebut iaitu RM5,000. Dia hanya boleh mengeluarkan RM500 kerana RM5,000 sudahpun dikeluarkan.

Satu laporan polis dibuat dan Hii diminta menonton rakaman CCTV. Di dalam CCTV, ia menunjukkan wang tersebut muncul dari mesin selepas Hii meninggalkannya dan sesiapa yang mengambil wang tersebut tidak dapat dikenalpasti.

Pihak bank menyatakan ia adalah kesalahan Hii kerana dia tidak menunggu dengan masa yang secukupnya dan pihak bank enggan menggantikan kehilangan wangnya.

Chong telah menulis surat kepada pihak bank memintanya supaya menggantikan kehilangan wang Hii kerana beliau telah menunggu beberapa minit dan juga urusniaga itu telah dibatalkan..
Iskk..iskk..ni keje org dlm ke luar?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...